Hi semuaaaaa! Rindu aku tak?? mestilah rindukaaan :> Aku balik rumah semalam pastu cuti 4 hari! Sebab apaa?
Sebab hari Sabtu tu ada Anugerah Cemerlang pastu hari Isnin cuti peristiwalah! pastu hari Selasa cuti Pekerja..haihhh BEST GILA HIDUP!
Hari ni aku pergi outing dgn kenkawan kat Mid. Sebelum tu meh aku ceritakan kisah aku dulu. D':
Pada pagi yang mulia itu Syaf/Pika bangun drpd tidur untuk pergi ke sekolah pada tanggal 28 April 2012 untuk pergi ke sekolah sempena hari Anugerah Cemerlang. Btw dia tak dapat pun just pergi sbb nak jumpa orang-orang lama kat situ xP Ok. Ayah dia hantar kat Stesen Sentul....mati-mati dia ingat stesen tu terus ke Maluri...WATTAEFF!!!ITU BUKAN STESEN SENTUL LALUAN PUTRA TAPI KTM KOMUTER! Ayah dia pon tak tau yang tu komuter :'( hailah..time tu dia dah kalut semacam, pastu dengan beraninya dia bertanya dekat reception,
Syaf/Pika : Akak camna nak pergi Taman Maluri?
Akak : Kalau nak pergi sana adik kena turun kat Putra pastu tukarlah kat LRT Putra.
Syaf/Pika : Tapi camna????? :(
Akak: Adik turunlah kat Putra..
Syaf/Pika : Tapi kita tak pernah naik Komuter..ni pun first time sbb abah kita salah hantar!
Akak: hmmmm kalau camtu, adik naik komuter, pastu turun dekat Putra, pastu ambil tren LRT. Adik try je dulu
Syaf/Pika : Ok. Saya cuba dulu. thanx akak!
Aku pun menunggu ketibaan komuter selama setengah jam -,- sakit bontot aku duduk! pastu turunlah kat Putra..seriesly bapak banyak jantina Adam drpd Hawa! seriesly time tu aku kecut muka aku..takut perkara tak diingini berlaku :) pastu aku dah tak tau nak gimana dah, aku kalut kembali! pastu aku tanyalah akak yang berpurdah. Akak tu pun tak tau mana nak gi LRT Putra. So aku menebalkan muka kembali bertanya kepada guard, dia cakap LRT kat sebelah Parkson! Masalahnya sekarang aku tak tau jalanlah!. So aku pun follow orang drpd belakang, pastu aku tanyalah akak Chinese ni nama dia Zhen Yin, dia dgn bermurah hati teman aku sampai LRT PWTC! pastutlah aku rasa mcam pernah tgok xP
Pastu naik tren dgn selamat sampai pun dgn selamat. Airiel dia belanja aku dgn Fify naik teksi :3 SUMPAH BOSAN gila kat sekolah. Lepas habis majlis tu dorang adakan makan-makan, Yummy gila aku makan :3
Sesampai je kami kat KTM Komuter, kay fine sementara menunggu aku dengan selamba arnab duduk kat simen yang sejuk tu. Pastu diikuti dengan Airiel, Fify, Adam, dan Shakila hanya melutut. Masa kami duduk-duduk, tgok kecute-tan Angry Bird Space yang dimainkan oleh Adam, tetiba adalah Mak Cik yang bertudung labuh datang pastu sembang-sembang. Pastu kaaaaaaan dia bglah ceramah kat kami..time tukan rasa cam nak hempuk je makcik tu.Mana taknya dahlah bg ceramah kat depan orang ramai dgn suara yang kuat, semua pandang-pandang kot! Aku tahu niat dia baik, tp ikutlah situasikaaaaaaaan! -,- yang ni aku kopipes Adam punya :>
Dasar Makcik : Skolah kat mana?
Kami : SMKSeriBintangSelatan
Dasar Makcik : Sekolah tu x TOP kan? xde org yang dapat straight A. anak makcik kat kelantan maahad tahfiz.. kalau ngaji mesti pandai
Kami : ada la makcik 6 org dapat. ouh bagusla..
Dasar Makcik : Asal x pergi BERSIH?
Kami : (NAK MAMPUS? MAKCIK PERGI LA SENDIRI) xpe la kami masih belajar :) *dengan senyuman manis*
Dasar Makcik : Pergi je la
credit to Adam Hazique.
pastu Syahmi pun tiba..
Sesampai je komuter................................................................................................................................
*speechless
MANA TAK AKU TAK TERGAMAM! KOMUTER TU SESAK NAK MAMPUS, NAK MATI, KALAH SARDIN DALAM TIN! NAK MASUK JE KENA TOLAK-TOLAK. DAHLA DALAM COC TU PENUH GILA DENGAN MANUSIA LELAKI, MEMANG TIME TU TAWAKAL JE DOSA-,-
dalam tu jugak ada mamat version perogol bersiri pandang Fify semacam...Fify lak time tu nangis -,- nasib baik ada Airiel, dgn Syahmi :> savior! Aku ak kat dlm COC tu asyik tergelak pastu cakap dgn suara yang kuat, semua marah aku...Aku tak dpt tahan nak gelak sejujurnya :> Adam time tu dah kena dissolved dlm komuter :P
Sesampai je kat Mid punya stesen aku dgn kuat nya mengucapkan ALHAMDULILLAH! semua pandang aku,DEKUKE?? pastu tiket habis wayang Habis....Shit! pastu gi makan. Syahmi paling hyper semua orang dia nak kacau! pastu gi Pet World, pastukaaaaaaaaan terserempak dgn Norris ~-,-~ pastu jalan-jalan, pastu ada show....Fify buat show :3 pastu balik...time balik tak lah sesak sgt..tp still sesak ._.
Shakila tersilap tren!!!!!!!! masa tu aku pelik asal Shakila cakap dia nak pergi Sri Petaling, bukan dia kena ikut Sentul Timur ke? yela sbb BTS kan atas Salak Selatan?? banyak kali aku tanya Shakila tp dia dgn penuh yakin menjawab! Masa aku dgn Adam dah naik tren tetiba Shakila call,
Shaky : Wei aku salah tren!
Syaf : dah agak dah-,- aku drpd td pelik asal kau nak pergi Sri Petaling, bukan SS bwah BTS ke? Kau buat lawak betul!
Shaky : yeyeye aku tau...:(
Syaf : so kau kat ne sekarang?
Shaky : kat SUNGAI BESI!
Syaf : *ketawa kuat....
Adam pun time tu asyik tgok peta dunia jekat dlm tren tu xP dia pun tanya Shakila Salak Selatan kan....pastu aku dgn jahatnya tak dpt tahan gelak, bgtau Shakila sekarang kat Sg, Besi :>
ok tu je post aku kali ni....aku suka post yang panjang-panjang sbb aku tulis detail *bangga jap
Assalamualikum...selamat membaca :)